Beza Ideologi Tidak Membatasi Prihatin Kerajaan

TANAH MERAH – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengenal pasti bentuk bantuan sesuai akan disalurkan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perbezaan ideologi politik ekoran hanya bertindak selaku pembangkang tidak pernah membatasi keperihatinan kerajaan terhadap musibah yang berlaku ke atas rakyat di negeri ini.

Katanya, kerajaan mempunyai dasar dalam melaksanakan apa jua bentuk bantuan kepada mangsa yang kehilangan rumah bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

“Bantuan kerajaan akan beri tetapi yang rosak ini kita kena bincang lebih lanjut macam mana nak tentukan kerosakan.

“Kalau yang rosak ada masalah dan agak rumit untuk kita dapatkan maklumat, lihat setakat mana yang boleh kita bantu, kita akan usaha sedaya yang mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat taman perumahan Kusial Baru di sini, lewat petang tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham…

View original post 69 more words

Leave a comment